? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Salam Ramadhan...

Saturday, September 12, 2009

Tabiat ke Neraka...


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa disuatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untukbertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapankhusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh merekaberkumpul di Baabun Nisaa'.


Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergimemanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana dan memberisalam dan memberi tazkirah seperti berikut:"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, akulihat kamu ini lebih banyak di neraka".Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,


"Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang bolehmenjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:


Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampusagaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.


Contoh 2Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masani jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufurI'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksudtanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham isteri.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang diakehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu punkebaikan awak". (Terjemahan langsung dari Arab).


[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkandengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awakini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugurpahala-pahala amalannya.'


Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialahmenyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana iadapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kitake dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.Fadhilat beristighfar:a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akanditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).


"Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.Rasulullah SAW menganjurkankita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari.Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kitamenjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.


Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentuyang sering melanda kaumwanita. Sifat hazan bererti berdukacita"c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanyadalam bentuk wangringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.


Sedekahjuga termasuk:


1. Tuturkata / percakapan yang baik.Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidakmenyakitkan hati. Inilahrahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yangpertama, tidak pernahmenyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayatbaginda SAW, hati bagindadipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.Kadangkala hinggamenimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyukepada Rasulullah sebelummeminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hariRasulullah SAW telahbertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunyaperempuan yang Allah SWTberkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyumsahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arabyang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kitabertafakkur danbermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat burukyang boleh menjerumuskankita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikapkita dari sekarang." SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud :" Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannyakecuali tiga perkara iaituSEDEKAH JARIAHNYA,ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAINDANANAK SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA. "(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Perkara Sebelum Tidur(Tafsir Haqqi)

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidursebelum melakukan empat perkara :1. Sebelum khatam Al Qur'an,2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,3. Sebelum para muslim meredhai kamu,4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkaraseketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas3X seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.Bismillaahirrohmaan irrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semuaakan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad
( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )…

Saturday, September 5, 2009

kukuhkan IMAN anda!

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Sudah trlalu lama jari2 ini tidak melompat-lompat di atas papan kekunci yg brwarna hitam ini.Hayatilah dn ambil iktibar drpd artikel di bawah.Antara syariat (peraturan Allah) yang perlu ditekankan terlebih dahulu dalam tarbiyyah dan pendidikan anak-anak ialah solat. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menekankan perkara ini. "Ajarlah anak kamu solat apabila ia berumur 7 tahun". Ibadah seperti solat dan puasa boleh mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran. Ini seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. Surah al-Ankaboot:45




Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
.


Persoalan


Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah mengapa pelajar-pelajar sekolah agama yang dididik dalam persekitaran agama tidak mampu melaksanakan ajaran agama? Bagaimana pula mereka yang tidak dididik dalam persekitaran agama. Apakah mereka menghadapi masalah juga. Sepatutnya pelajar-pelajar yang dididik secara agama ini menunjukkan keislaman yang baik.
Isu ini tidak terhenti di situ sahaja, Bahkan ada orang yang bertanya mengapakah orang-orang Islam yang agamanya begitu ketat memberi garis panduan hidup kini mengalami masalah sosial yang lebih teruk dari mereka yang bukan Islam? Mengapa remaja Cina tidak terlibat dalam masalah lumba haram, pembuangan bayi dan sebagainya. Banyak alasan yang dikemukakan untuk menjawab soalan dan pertanyaan seperti itu.
.
I'tibar Dari Seerah Nabi


Seerah bermaksud sejarah kesah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.. Untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam kita perlu mengambil i'tibar dari sejerah dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Tokoh-tokoh yang sering dijadikan contoh dan tauladan seperti Bilal r.a., Sumayyah, Amar bin Yasir Mus'ab Bin Umair, Saidina Umar al-Khattab bahkan semua sahabat nabi berubah daripada keadaan hidup Jahilliyyah kepada Islam dan menjadi tokoh yang tidak ada tolok bandngnya . Semuanya berubah kerana AKEEDAH, Dan Akeedah bukan semata-mata Ilmu Pengetahuan atau maklumat, tetapi ia adalah keyakinan. Kalaulah akeedah smata-mata adalah ilmu pengetahuan, maka Imam Abdul Ghafoor aka Snoucke Hourange (Orientalis Belanda yang banyak ilmu agamanya) itu juga adalah orang yang kuat Imannya. Olehsebab itulah iman itu bukan semata-mata ilmu pengetahuan, bahkan ia adalah keyakinan. Dengan keyakinan kepada kebenaran akeedah Islam itu maka seseorang akan mematuhi syariat (peraturan ataupun undang-undang Islam yang Fardhu, Sunnah, Harus, Makruh dan Haram.




Olehsebab itu usaha-usaha untuk mengIslahkan (membaiki) masyarakat perlu bermula dari akeedah. Akeedah yang kuat (keyakinan kepada perkara-perkara akeedah seperti Uluhiyyah (ketuhanan), Nubuwah (Kenabian), Sam'iyat (Khabaran) dan Alam Ghaib menjadi faktor asas kepada pematuhan Syariat (peraturan) Islam. Orang-orang yang yakin akan balasan Allah s.w.t. tidak akan melakukan kemunkaran dan akan melakukan perintah dan suruhan Allah s.w.t.


Bagaimana Meyakinkan Manusia


Sifat manusia ingin melihat bukti.Nabi Ibrahim a.s. memohon kepada Allah s.w.t. untuk melihat bukti bagaimana Allah menghidupkan benda mati. Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah untuk melihat wajah Allah. Mengapa mereka mahu melihat bukti, apakah mereka tidak percaya?. nabi Ibrahim hendak melihat bukti bagaimana Allah menghidupkan yang mati kerana hendak menenangkan hatinya.
.
Isra' Mi'raj
.
Isra' dan Mi'raj merupakan peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. diperjalankan dan diangkat oleh Allah s.w.t. ke langit. Nabi s.aw. diperjalankan dari Makkah ke Baitul Maqdis yang jauhnya lebih kurang 1000 km dan naik ke Sidratul Muntaha dilangit ke tujuh. Peristiwa ini merupakan perkara yang berbentuk sam'iyat (di khabarkan) oleh Allah dan Rasulnya dalam al-Quran dan Hadith. Ia tidak dapat dibuktikan dengan akal manusia, dan ia merupakan ujian keimanan.
Dalam peristiwa tersebut apabila Nabi Muhammad s.a.w. kembali ke Makkah pada malam itu, Nabi menceritakan kesah tersebut kepada orang -orang Quraish yang sebahagiannya telah beriman kepada Rasulullah s.a.w. Peristiwa tersebut berlaku pada zaman awal Islam, selepas Nabi Muhammad s.a.w. kematian Siti Khadijah dan Abu Tholib. Mereka yang beriman kepada Nabi merupakan orang-orang yang baru menganut Islam. Apabila nabi menceritakan kesah ini, oleh sebab peristiwa Isra'Mi'raj ini sesuatu yang tidak dapat difikir oleh akal manusia, maka ramai yang riddah (keluar dari iman) dan mereka menjadi murtad. Mereka mengatakan bahawa Nabi Muhammad gila! Apabila berita ini sampai kepada Abu Bakr, dia berkata "Aku percaya walau apa sahaja yang disebut oleh Muhammad sebab Muhammad tidak pernah berbohong!" Orang-orang Quraish meminta bukti kepada Nabi bahawa Nabi memang benar-benar pergi malam tersebut dengan menyoal perkara yang berkaitan dengan Masjid Aqsa, Ketika itu Allah s.a.w. membantu Nabi dengan mempertontonkan kepada Nabi secara terperinci Masjidil Aqsa dan Nabi Menjawab dengan tepat semua soalan orang-orang Quraish. Peristiwa ini ada pengajarannya:
1. Sukar untuk manusia yakin dengan perkara Sam'iyat.
2. Manusia memerluka bukti.
3. Allah membantu Nabi untuk meyakinkan manusia.
4. Saidina Abu Bakr yakin kepada peristiwa tersebut bukan kerana peristiwa ini boleh difikirkan oleh akal manusia, tetapi adalah disebabkan keyakinan beliau kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah berbohong.

Friday, August 28, 2009

Anda faham pasal BIDA'AH??

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Sengaja ana sentuh soal bida'ah untuk post kali ini.Banyak pertelingkahan yang ana dengar tentang bida'ah.Bida'ah?Apa bendanya tu?
Hassan Al-Banna ada menghuraikan soal bida'ah ini dengan lebih mendalam.Beliau membahagikan bida'ah kepada 4 jenis.

Pertamanya bida'ah hakikiah.Bida'ah ini ialah melakukan perbuatan atau percakapan yang menolak al-quran dan as-sunnah.Perbuatan ini turut menolak hukum hakam al-quran,menolak perundangan dalam al-quran,menolak sebahagian al-quran sebagai panduan hidup dan menolak hadith Rasulullah s.a.w.Perbuatan ini jelas bida'ah dan mesti ditentang.

Keduanya bida'ah tarqiyah.Contohnya meninggalkan makan daging kambing sedangkan nabi makan daging kambing.Manakala ada sebahagian masyarakat Islam yang makan daging Dhab atau biawak padang pasir.Tetapi nabi tidak.Tetapi nabi tidak melarangnya.

Ketiganya Hassan Al-Banna menyebut bida'ah iltizam bil hukmi syar'ie.Contohnya mewajibkan perkara yang tidak wajib.Puasa sunat Isnin dan Khamis hukumnya sunat tetapi diwajibkan.Jadi ia termasuk dalam perkara yang ketiga ini.

Manakala yang keempat ialah bida'ah idhafiyah iaitu amalan yang ditambah.Ada dua situasi di sini.Pertama,penambahan yang boleh menjadi baik dan kedua penambahan yang bertambah buruk.Penambahan yang menjadi baik adalah seperti memberi salam selepas sembahyang.Memang ia satu amalan baru,namun dengan bersalam-salaman tersebut kita dapat mewujudkan suasana harmoni dan ukhuwwah sesama masyarakat.Ia baik dan tidak ada masalah dilakukan.Yang melaksanakan pun tidaklah mengatakan bersalaman itu rukun sembahyang.

Wallahua'lam...

Hadith Al-Hakim dan Abu Na'im

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Ana agak terkesima setelah baca hadith di bawah ini.Renungilah hadith yang berikut:

  1. Hiduplah kamu sebagaimana yang engkau kehendaki,tetapi ingat engkau akan mati.
  2. Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki,tetapi ingat engkau akan berpisah dengannya.
  3. Buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki,tetapi awas kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu.
  4. Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman terletak pada qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain.

Semoga kita semua sentiasa zikrullah dan zikrulMAUT...

Tuesday, August 25, 2009

6 sebab GAGAL menggali keberkatan Al-quran...

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah,kali ini ana nak berkongsi dgn anda tentang tajuk di atas.Ana agak trtarik dgn tajuk ini stelah trbaca di dalam sebuah majalah ilmiah yg sememangnya sarat dgn ilmu ukhrawi.

Ada banyak sebab mengapa kita gagal mengambil manfaat dari keberkatan al-quran itu.Antaranya ialah:

  1. Kita membaca al-quran hanya semata-mata hendak dapat pahala,bukan dengan niat untuk mengamalkan isi kandungannya dan memperturut petunjuknya.
  2. Kita membaca al-quran tanpa niat atau kurang mempelbagaikan niat.
  3. Kita hanya mebaca tetapi tidak *bertadabbur dengan al-quran.
  4. Kita membaca al-quran tanpa rasa sedar bahawa al-quran itu diturunkan oleh Allah.
  5. Kita membaca al-quran tanpa kesedaran bahawa isi al-quran ditujukan kepada kita sendiri.
  6. Kita mebaca al-quran tetapi tidak menjadikannya sebagai pemimpin.

(muhasabah diri)Wallahua'lam...

Monday, August 24, 2009

Ana Muslim

  • ANA IZZAH BIL ISLAM!
  • I'M PROUD TO BE A MUSLIM!
  • SAYA BANGGA MENJADI SEORANG MUSLIM!

Jika anda seorang Muslim sejati,mungkin anda dapat menghayati gambar di atas meskipun tiada ayat panjang berjela yang digunakan bagi menafsirkannya.Renungilah.Is it true that we proud to be a Muslim?Think about it...

Friday, August 21, 2009

Hadith tentang Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah bersabda:
"sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,akan diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu..."
-hadith riwayat Tabrani wa Muslim-

Rasulullah s.a.w bersabda:
"puasa itu perisai dan benteng yang membenteng daripada sentuhan api neraka..."
-riwayat Ahmad wa Baihaqi-

Rasulullah s.a.w bersabda:
"barangsiapa yang memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya,dan pahala bagi yang (menerima makanan)berpuasa tidak dikurangi sedikitpun..."
-hadith riwayat Tirmidzi-

Sabda Rasulullah s.a.w:
"sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkannya segala dosanya yang telah lalu..."
-riwayat Bukhari-

Sabda Rasulullah s.a.w:
"berjagalah kamu akan lailatulqadar pada malam yang ganjil daripada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan..."
-tidak dinyatakan siapa perawinya-

Sekiranya anda dapat menemui malam lailatulqadar,ucaplah "Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku,sesungguhnya Engkau suka mengampun dan ampunilah dosa-dosaku."

Thursday, August 20, 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!!!


Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Asifah jiddan buat semua kerana sudah lama tidak mgupdate blog ini.(astaghfirullah)moga terus istiqamah.amin...
***************************************************************************************
Alhamdulillahirabbil'alamin.Akhirnya kita masih brpeluang utk menemui Ramadhan yg dirindui.InsyaAllah kita semua akn mula brpuasa pada esok hari iaitu pada hari Sabtu brsamaan 1 Ramadhan 1430 hijriyah.Semoga dengan melalui madrasah tarbiyah ini ruhiy kita lebih 'kenyang' berbanding jasad kita yg trlebih 'kenyang'.Renungilah hadith di bawah ini:

"Barangsiapa yang mendirikan malam-malam dalam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala(lillahita'ala)nescaya akan terhapuslah dosa-dosanya yang telah lalu..."
(hadith Muttafaq 'Alaih)

Ana mewakili keluarga ana ingin mgucapkan Salam Ramadhan,Selamat berpuasa dan Selamat men-topup pahala.Jangan lupa syarat2 sah puasa,perkara2 makruh,perkara2 yg membatalkannya dan prkara2 sunat yang boleh dilakukan sepanjang Ramadhan...




Perkara2 sunat yang digalakkan ke atas kita utk mlakukannya:




Rajin2 la baca al-ma'thurat yg mnjadi perisai kita...


Tadarrus al-quran.lebih afdhal jika dilakukan secara jama'ie

Janganlah kedekut utk bersedekah.Walaupun dah banyak sindiket menipu,sedekah je sebab dpt pahala sedekah jugak kalau ikhlas...



Rajin-rajinlah buat qiamullail.kita cari malam lailatul qadar.bukan lailatul kamdar ye!!

ziarah asdiqa' yg sakit.doakannya supaya cepat sembuh..


Banyak lagi sebenarnya perkara sunat yg boleh kita lakukan seperti solat tarawih,berzikir dan lain-lain.Selamat bermujahadah!!!



Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah...

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum saudaraku.Hari ini kita tlh dikhabarkan tntang kpulangan seorang mujahid kepada Allah iaitu Ustaz Asri yg merupakn ketua kumpulan nasyid trkenal Rabbani.Ana trsangatlah sedih dgn brita ini mmandangkan ana slh seorang fan(mmg minat yg tramat sgt.boleh d'katakn fanatik kot..) kmpulan Rabbani yg mmg dah trkenal.Pada suatu masa dahulu,kumpulan nasyid Rabbani brgabung dgn kumpulan nasyid Hijjaz dan nama kumpulan mereka ialah Nada Murni.Antara lagu2 mreka yg mmg top,sedap,best,mnarik dan lain2 ialah Intifadha,Kalimah,Cahaya,Iltizam,Handzalah,Satu Qiblat yg Sama,Setanggi Kasih dn lain2.Lagu mereka,subhanallah.Memang mantap krana stiap bait-bait lirik berupa nasihat kpd kita.Tambah pula dgn suara dan vokal yg best mampu untuk mnarik minat semua golongan tak kiralah lelaki,perempuan,tua,muda dan lain-lain.Ana ada beli satu album Rabbani yg boleh dikatakn trbaru kot.Namanya "Nostalgia Nada Murni."Lagu2nya mmg mnusuk kalbu.Liriknya mmg patut dihayati.Semoga Allah mrahmati prjuangannya dan ahli2 kumpulan yg lain.Moga rohnya tenang dan damai d'samping para syuhada' yg lain.ameen... (al-fatihah)

Sunday, August 9, 2009

6 jenis manusia yang dikutuk Allah dan rasulNya

Telah bersabda Nabi s.a.w:
Yang bermaksud: "Ada 6 orang yang aku kutuk dan Allah kutuk,dan doa semua nabi diperkenankan iaitu:

  • Orang yang menambah isi al-quran(dgn tafsiran atau takwil yg menyimpang.)
  • Orang yang mendustakan takdir Allah s.w.t.
  • Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah di Makkah.
  • Umatku yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.
  • Orang yang berkuasa dan suka memaksa dan takabbur,sehingga dia memuliakan orang yang dihina Allah dan menghina orang yang dimuliakan oleh Allah.
  • Dan orang yang meninggalkan sunnahku.

Tanda orang yang telah diterima taubatnya

Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba:"Adakah hamba itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?"Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberikan ketentuan tentang hal itu.Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja iaitu:

Yang bermaksud:-

  • Hamba yang telah bertaubat itu merasakan dirinya masih belum suci dari dosa.
  • Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya,lalu datang perasaan sedih.
  • Dia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi orang-orang yang jahat.
  • Walaupun sedikit rezeki yang diperoleh di dunia,tetapi dia tetap melihatnya banyak.Walaupun banyak amal akhiratnya dia tetap melihatnya masih sedikit.
  • Dia tetap melihat dirinya sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah dn tidak sedikitpun sibuk mengururskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
  • Dia sentiasa menjaga lidah,bertafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.

Saturday, August 8, 2009

N for Naif?

Bismillahirrahmanirrahim.Entry ni bknlah tazkirah atau ape2 yg brinfo.ttapi skadar pmberitahuan.nama ana disebelah kanan tu yg brwarna hijau tu,mgkn ade yg agak trkejut prkataan naif.Mksd di situ ialah,kt sbgi manusia mmg dilahirkn sbgi naif sprti prkara2 sam'iyyat dn lain2.hrp maklum.

Friday, August 7, 2009

Sekadar nasihat...

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Selawat dn salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w.Moga2 kita mnjadi salah seorang yg mnerima syafaat baginda di akhirat.insyaAllah...

***************************************************************************************
Muhasabah diri Koreksi diri Insafi diri Bertaubatlah

Tergetarkah hati kita tatkala melihat prkataan2 sperti di atas?reaksi kita?trkejut?takut?insaf?atau....
"ala,tak de pape pun.."

Tahniah buat hati2 yg mula brfikir tntang amalannya,yg trgerak hatinya untuk berubah,yg mula merayu pada Tuhan."Ya Rabbi,faghfirlana..."Dan kepada hati2 yg masih "rileks",mulalah brfikir tntg masa hadapan.Masa hadapan yg d'mksdkn bukanlah seperti:

  1. Nak masuk universiti mana?
  2. Nak kerja apa bila besar nanti?
  3. Nak duduk rumah banglo ke kondominium?
  4. Nak guna kreta apa?

Tak dapat dinafikn lagi apabila brbicara soal masa hadapan,itulah yg kita fikirkn.Tidak pula kita fikirkn:

  1. Astaghfirullah,aku sungguh berdosa.
  2. Ya Allah,jauhkanlah kami drpd fitnah Dajjal.
  3. Syurga : neraka.Yang mana satu idamanku?
  4. Rindu sungguh aku pada Muhammad...

Marilah kita mmbiasakn diri kita dgn mlakukan amal2 baik.Tetapi,muhasabah diri prlulah dilakukn dgn IKHLAS.Sodiqi,bukanlah mudah untuk kita mncapai ikhlas.Namun,skiranya kita sntiasa brusaha untuk berubah mnjadi yg lebih baik,insyaAllah Allah akan mmbantu kita krana Allah sntiasa mmbantu orang2 yg mlakukan kebaikn.Jangan pulak kita tension skiranya doa kita tidak dimakbulkan.

"Aku rindu mendengar suara orang2 beriman yg meminta kepadaku.Jangan lagi kau penuhi prmintaan hambaKu.."

Oleh itu,jgnlah kita brsangka buruk kpd Allah kerana Allah sgt rindukn kita.Bagaimana pula dgn kita?Siapakah yg kita rindu?Fikir2knlah...

PINTU TAUBAT AKAN SENTIASA TERBUKA SEHINGGA TERBITNYA MATAHARI DI SEBELAH BARAT...

wallahua'lam..

Thursday, July 30, 2009

Berita PANAS!!!!! (mesti baca)

" Berita ini sudah tersebar luas.Satu Malaysia sudah tahu.." Ahmad Said


Terkejut bukan?hehe,jgn risau.ini semua hanya gimik belaka.gmbr ini di'edit' drpd gmbr asal.saje je ana ltk nk bagi pluang mind kt relax.just 4 fun!persoalannya ialah,siapa yg patut d'prslhkn?Wallahua'lam...

~1st Award~


In the name of Allah,most gracious and most merciful.Alhamdulillahirabbil'alamin,kita masih d'berikn pluang untuk trus hidup dan brbakti di atas muka bumi Allah yg fana ini.Sebenarnya,kt tlh diberi banyak pluang oleh Allah untuk brtaubat cuma kita shj yg asyik lupa.Allah tak prnah mlupakn kt walau sedetik denyutan nadi,walau sedegup degupan jantung,walau sesaat pusingan kipas.Astaghfirullah.Ya Allah,maafkn diri kami atas semua kekhilafan kami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Awwalan,syukran yg tramat sangat bwat empunya blog sahabatmusleem yg tlh mganugerahkan ana award ni.Ana brsyukur sgt2 krana ana rasa ana d'hrgai.Sbnarnya dah lama dah ana dpt award ni cuma tak tahu nk letak camne.hehe.Syukran ye S.M sbb tolong ajarkn!Mungkin anda prnah dgr sabda Nabi Muhammad s.a.w yg brbunyi,"Sampaikanlah ilmu walaupun sepatah."Semoga Allah mrahmatimu.Waktu ana dpt award ni,ana baru je bbrapa minggu bwat blog,dh dpt award.Malu plak.Klu nk dibandingkan dgn orang lain,siapalah ana.Apa pun bohot2 syukria(bak kata kak Suhana).Wallahua'lam...

p/s:bwat kak Su,sori ye gune bohot2 syukria tu.saje nk mmplbagaikn bhsa! ^-^

Monday, July 27, 2009

Apa dah jadi dengan Harry Potter??




Harry Potter and The Half Blood Jews. Atau Harry Potter dan Yahudi Berdarah Campuran. Begitu bunyi sebenar filem yang sekarang tengah banyak diputarkan gulungan filemnya di AS dan Barat, sehubungan dengan filem terbaru Harry Potter yang baru dikeluarkan, “Harry Potter and The Half Blood Prince”. Diangkat dari novel dengan judul yang sama, filem ini hanya dalam waktu satu hari saja sudah memecahkan rekod box office dengan menewaskan keuntungan yang melebihi filem-filem lainnya dan segera saja mendapat perhatian dunia.Tak usahlah kita katakan mendapat perhatian dunia.Sahabat-sahabat ana saje memang ramai yang tergila-gilakan si Harry ni.(ana minat gak.huhu~) Buku dan filem keenam Harry Potter ini dikaitkan banyak berhubungan dengan Yahudi. Seperti buku “Potter” J.K. Rowling lainnya yang terjual jutaan copy—“Prince” (atau putera) biasanya dihubungkan sebagai metafora untuk rasisme dan pembersihan etnik, termasuk tokoh-tokoh
yang mengacu pada “pure-bloods” (darah murni), “half-bloods” (darah campuran) atau mudblood (hinaan rasis yang ditujukan pada mereka dalam cerita Harry Potter yang tidak dilahirkan dari keluarga penyihir).Dalam filem barunya, diceritakan bagaimana Lord Voldermort (salah satu tokoh sihir jahat dalam Harry Potter sekaligus musuh besarnya) menjalani masa kecilnya dan kemudian berubah menjadi pembunuh kejam orang-orang yang tak boleh disihir (muggles/manusia). Menurut David Heyman, penerbit Potter kelahiran Inggeris, semua tindakan Lord Voldemort dan pengikutnya mirip seperti Nazi Jerman. “(Mereka semua) seperti bangsa Arya dalam pemikiran Hitler.”Daniel Radcliffe—pemegang watak Harry Potter sejak filem pertama—adalah keturunan Yahudi, berasal dari ibunya, dan Daniel sendiri sudah menyatakan kalau ia seorang Yahudi. Heyman sendiri sama dengan Radcliffe, adalah seorang keturunan Yahudi. Ia bahkan telah membuat sebuah filem tentang Holocaust di tahun 2008 berjudul “The Boy in the Striped Pajamas.”Helena Bonham Carter, memegang watak Bellatrix Lestrange juga seorang Yahudi yang berasal dari ibunya. Jason Isaacs, juga pelakon memegang watak Lucius Malfoy, adalah seorang Yahudi. Isaacs mengatakan bahawa ia sedang mempertimbangkan apakah ia akan menyatakan ia seorang Yahudi ataukah tidak, berkaitan dengan kariernya.
Harry Potter seorang Yahudi


Pada tahun 2005, pada 29-31 Julai, sekitar 250 orang penggemar Potter bahkan berkumpul di Reading Universiti, Britain, membincangkan bahawa Harry Potter adalah seorang anak lelaki Yahudi. Persembahan oleh Amy Miller mengatakan bahawa Harry Potter mempunyai nama Yahudi “has a yiddishe neshama” atau bererti seorang anak lelaki Yahudi yang baik. “Dia memang tidak mengenakan topi khas Yahudi, tidak bersekolah di Hebron, atau tidak melaksanakan kosher (makanan Yahudi), tapi dia sangat peduli terhadap orang lain, baik, dan mempertahankan keyakinannya. Ini adalah gambaran tentang sikap Yahudi yang sesungguhnya.” Perbincangan akademik yang lain juga terjadi mengenai cara dan jalan hidup Potter. Menurut Cia Soutter, perkembangan Harry sama dengan kabbala, “pohon kehidupan.” Sedangkan Gila Bar Hilel, penerjemah buku-buku Harry Potter dalam bahasa Israel, mengatakan, “Saya tidak berpikir bahwa orang akan menganggap Harry Potter seorang Yahudi."Maka diterjemahkan disini,apa lagi mahu dibantah sedangkan tersuluh lagi terang akan agenda Yahudi dan Freemason dalam berdakwah melalui peperangan minda ke seluruh sel otak umat Islam agar senantiasa leka dengan kenikmatan dunia yang fana ini.Mulai hari ini,aku benci Harry Potter.Aku benci Yahudi.Khaibar ya Yahud!!!!!Wallahualam...

Tuesday, July 21, 2009

Hati budi Khalifah Abu Bakar dan Umar..


Ketika mula-mula menjadi khalifah,Sayidina Abu Bakar menyara hidupnya dengan mengambil upah memerah susu lembu salah seorang jirannya.Tidak lama selepas itu,para sahabat yang diketuai oleh Umar membuat tawaran:"Sebagai pemimpin muslim,banyak kerja yang perlu kamu lakukan.Sebab itu janganlah kamu memerah susu lagi,dan biarkan kami membayar gaji tetap untuk keperluan kamu sebagai khalifah."

Abu Bakar kemudian menggunakan sebahagian gajinya untuk menyara hidupnya dan menyimpan selebihnya di dalam sebuah bekas.Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir,Abu Bakar sempat berpesan agar menyerahkan bekas tersebut kepada orang yang dilantik menggantikan tempatnya sebagai khalifah.Umar dipilih sebagai khalifah selepas Abu Bakar.Semasa pemerintahannya,Islam berkembang ke Afghanistan dan ke Caucasia.Suatu petang pada bulan Ramadhan,Umar bertamu di rumah salah seorang sahabat.Apabila dihidangkan minuman yang mengandungi madu,Umar menolaknya dan berkata,"Aku hanya boleh minum ini hanya apabila mereka yang hidup di bawah tanggungjawab pemerintahanku menjadi kaya,dan boleh minum minuman bermadu bersama makanan mereka..."

Friday, July 17, 2009

Bekerja lebih baik daripada meminta sedekah...

Suatu hari,seorang lelaki yang masih sihat tubuh badannya datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata:"Aku seorang miskin yang memerlukan bantuan.Tolonglah aku dengan bersedekah."

Baginda bertanya kepada lelaki itu:"Adakah kamu mempunyai sesuatu barang di rumah?"
"Ya,aku mempunyai sehelai selimut yang aku gunakan apabila tidur,dan sebiji cawan kayu."
Rasulullah s.a.w menyuruh lelaki itu pulang dan mengambil kedua-dua barang tersebut.apabila lelaki itu kembali,Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka yang berada dikelilingnya:"Siapa di antara kamu yang ingin membeli barang-barang ini?"

Seorang lelaki menawarkan satu dirham dan seorang lagi menawarkan dua dirham.Baginda menyerahkan wangnya kepada lelaki itu dan bersabda:"Gunalah satu dirham untuk keperluanmu dan lagi satu dirham lagi untuk membeli seutas tali dan kapak,setelah itu datang kemari."Lelaki itu mengikut suruhan baginda.Apabila kembali,baginda memberitahunya:"Pergilah potong dahan-dahan kurma yang kering di luar Madinah.Bawanya ke pasar dan jual.Lakukannya selama 15 hari dan kemudian datang kembali ke sini."

Lelaki yang sebelum ini beranggapan dia tidak mampu melakukan apa-apa untuk menambah rezeki meninggalkan Madinah dan mengambil dahan-dahan kurma yang tidak bertuan.Selepas 15 hari,seorang lelaki berpakaian kemas telah datang bertemu Rasulullah s.a.w.Baginda bertanya:"Apa khabar kamu?"

Jawabnya:"Maha suci Allah,Ya Rasulullah!Aku memperoleh 10 dirham.Dengan wang itu,aku membeli kembali barang yang telah aku jual tempoh hari dan memenuhi keperluan keluargaku.Selebihnya aku membeli pakaian ini untuk menemuimu."

Kata baginda pula:"Adalah lebih baik seseorang menyara hidupnya dengan memikul kayu daripada meminta sedekah."

Thursday, July 16, 2009

Mahkota Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah,bi iznillah ana masih diberi peluang brharga untuk brkongsi ilmu brsama pelawat2 Miftahul Raudah.Topik yg ingin dibincangkan pada kali ini adalah brkenaan tentang 'Mahkota Wanita'.Apa yg anda faham tentang 'Mahkota Wanita'?Adakah mahkota yang dipakai oleh Queen Elizabeth?

Oh,sudah tentu 'Mahkota' yg dimaksudkan adalah Rambut.Pasti kita semua sudah sedia maklum,mahkota diperbuat daripada emas yg mahal dan dihiasi dgn ukiran2 dan berlian2 yg cantik.Kalau anda ada sebuah mahkota yg cantik,apa yg anda akan lakukan dgn mahkota trsebut?Mesti anda akan simpannya di tempat yg paling selamat dn kalau boleh tak ada org pun yg tahu.Tak pun anda akan beli sebuah peti besi khas untuk simpan mahkota anda itu.Kalau ana,ana jual je.Nanti dpt duit!hehe.(ana ahli usahawan muda d'skola.harap maklum)

So,samalah dgn rambut kita.Wahai kaum hawa sekalian,sedarlah.Anda sebenarnya diamanahkan oleh Allah untuk memelihara 'Mahkota' anda.(ana skali.huhu)Cuba anda bayangkan,sanggupkah anda melihat mahkota anda dipanaskan pada haba yg suhunya mncapai 100 drjah celcius dan keatas?Habis cair.isk isk.sayangnya...sama jugaklah dgn mahkota kita yg satu ni.Kalau dibakar di akhirat nnt(na'uzubillahiminzalik)ish.Perit sungguh!

Oleh itu,peliharalah mahkota kita.Janganlah rambut kita dibiarkan terdedah walaupun seurat.Azab sungguh seksanya!Dan pesanan kepada ukhti2 yg ana sayangi,(trutama yg berambut panjang)apabila kita pakai tudung,jgn biarkan sanggul kita kelihatan di belakang tudung.Nanti tak cium syurga!(na'uzubillahiminzalik)As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada mgatakan bahawa wanita yg mmakai tudung yg kelihatan bentuk rambutnya(sanggul)di belakang,sanggulnya itu umpama BONGGOL UNTA YANG SENGET.Subhanallah,hina sungguh labelnya.Awal2 ana dpt tahu prumpamaannya sedemikian rupa,ana agak trkilan.Hina sungguh!

Ingat tak pristiwa isra' mikraj di mana Nabi Muhammad s.a.w tlh naik ke langit.Baginda tlh trlihat 'bayangan' org yg diseksa atas ksalahan masing2 dan salah satunya ialah seorang perempuan yg diseksa krana mndedahkan rambutnya yg cantik kpd org yg bkn mahram.Seutas rambutnya dibelah 7.Kemudian rambutnya digantung dn kulit kepalanya dibakar.(na'uzubillahiminzalik)

Kepada sesiapa yg tidak brtudung ataupun pki tudung,tapi on off,ana nasihatkan segeralah brtaubat.Yg memang brtudung,tajdid balik niat mgapa kt mesti brtudung.Bkn untuk brhias ttp bagi memelihara aset kt yg mahal ni.Pintu taubat Allah sentiasa trbuka shingga hari kiamat.Beringatlah,peliharalah aset kita yg satu ya pintu ni.

p/s:Bismillahirrahmanirrahim.di kesempatan ini ana ingin mgambil kesempatan untuk memohon ampun dn maaf atas segala kekhilafan ana kepada semua org selama ana hidup.Halalkan sgala ilmu yg tlh dikongsi dn trima kasih bwat semua asdiqa' yg br jd followers ana.smoga ukhuwwah 'maya' ini ttp kukuh wlaupun kt blum betul2 knl supaya org2 kafir tkt dgn org Islam.wassalam...

Sunday, July 5, 2009

Hikmah sujud...

Bismillahirrahmanirraim.alhamdulillah,akhirnya berjaya juga ana meng'edit' post yang trbaru setelah sekian lama menyepi.Alhamdulillah,ana bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Dia terlalu banyak 'memberi' kepada ana sedangkan ana selalu terlupa untuk 'membalas' pemberianNya.sedihnya!Dan salah satu nikmat yang mungkin agak kabur dan yang kita terlepas pandang adalah sujud.Di sini ana sertakan hikmah sujud supaya kita lebih peka dan yang gelap bersuluh yang terang bersinar:


  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang terjatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.(burut)
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika datang haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis.
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. Mengurangkan kegemukan.
  11. Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud.
  12. Organ terpenting iaitu otak manusia akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

Subhanallah.kalau nak diikutkan,banyak lagi sebenarnya hikmah sekiranya kita bersujud.itupun baru bersujud,belum lagi ruku',duduk antara 2 sujud,i'tidal dan lain2.Subhanallah.Allah terlalu sayangkan kita.cuma kita je yang 'tak prasan'.(sebab kita sombong dan ego!)wallahua'lam..

Friday, June 26, 2009

Bulan Rejab sudah tiba!!!

Alhamdulillah.bulan Rejab tiba lagi!ana x tahu kenapa bulan Rejab ni ana rasa macam bulan Ramadhan!memang dah pasang azam nak berpuasa dan sebenarnya banyak fadhilat kalau kita berpuasa pada bulan Rejab:

  1. Puasa sehari pada bulan Rejab adalah seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.
  2. Puasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat pahala yang berlipat ganda.
  3. Puasa empat hari di bulan Rejab dihindarkan bala dan penyakit yang serius serta fitnah dajjal di hari kiamat.
  4. Puasa lima hari aman daripada azab kubur.
  5. Jika berpuasa enam hari,insyaAllah kubur akan bercahaya.
  6. Jika berpuasa tujuh hari,ditutup tujuh pintu neraka.
  7. Jika berpuasa lapan hari,akan dibukakan lapan pintu syurga.
  8. Jika berpuasa sepuluh hari,Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Siratalmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  9. Jika berpuasa 19 hari,akan dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  10. Jika berpuasa 20 hari,akan diampunkan segala dosanya yang lalu.
  11. Jika berpuasa pada 27 Rejab,seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Malah jika disertai dengan sedekah,ia seperti berpuasa seperti 1000 tahun kerana kebesaran hari Isra' Mikraj.

So,marilah sama-sama kita beribadah bagi men'topup' pahala kita dan men'delete' semua dosa-dosa kita.Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita.ameen....

Saturday, June 13, 2009

Muslimah Sejati...

Alangkah indahnya sebuah taman

yang ditumbuhi oleh pepohon bunga

yang mekar menguntum...



Alam jadi ceria,suasana nyaman terasa,

tetapi apabila pepohon itu tidak dijagai,dibajai,disirami,

kuntum-kuntum bungapun menjadi layu

lalu gugur...



Kekadang wanita juga diibaratkan sekuntum bunga

alah pada persekitaran

jika ia dijagai dengan didikan syariah Rasulullah s.a.w

jadilah ia seorang MUSLIMAH SEJATI

bagaikan kuntuman



Saturday, June 6, 2009

-Harta dunia-

Suatu hari seorang kaya datang ke rumah Junaid Al-Baghdadi.Dia ingin memberi wang sebanyak 500 dinar.Orang kaya itu berkata,"Terimalah hadiah untuk tok guru."Junaid lalu bertanya,"Adakah engkau memiliki wang selain ini?""Ya,saya masih memiliki banyak wang."beritahu orang kaya itu.Junaid bertanya lagi,"Adakah engkau ingin memiliki wang yang lebih banyak?""Sudah tentulah wahai tok guru!"katanya berterus terang."Kalau begitu ambillah wang ini semula kerana engkau labih memerlukan wang ini.Walaupun aku tiada wangnamun aku tidak memerlukannya kerana tiada apa yang mahu dibeli."kata Junaid.Orang kaya itu berasa malu mendengar ucapan Junaid tersebut.Dia pun pulang membawa pulang wang yang tidak diterima Junaid.

Lazimnya manusia memang tidak pernah cukup dengan apa yang ada.Walaupun sudah memiliki harta yang banyak,namun dia mengimpikan untuk mendapatkan harta yang lebih banyak.astaghfirullah...


-Hanya Abu-


Suatu hari,Abu Usman bersama beberapa orang muridnya berjalan-jalan di jalan raya.Sampai di sebuah rumah bertingkat,tiba-tiba seseorang telah membuang abu dari tingkat atas rumah itu.Abu itu jatuh ke bawah dan tepat terkena kepala Abu Usman.Serban,muka dan jubah Abu Usman menjadi kotor dan hitam.Ini menimbulkan kemarahan terhadap murid-nurid Usman.Mereka ingin bertemu dengan orang yang membuang abu itu untuk memberi peringatan kepadanya supaya berhati-hati ketika membuang sampah ke bawah.Namun Abu Usman segera menahan mereka.Katanya,"Kita hendaklah bersyukur seribu kali kerana kita yang sepatutnya ditimpa api yang panas,tetapi alhamdulillah ianya telah sejuk dan menjadi abu."Kemudian Abu Usman berdoa:"Ya Allah ya Tuhanku,hamba-Mu ini berdosa dan layak dibakar dengan api yang menyala-nyala itu.Akan tetapi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah membuatkan api itu sejuk dan menjadi abu yang jatuh ke atas kepalaku.Aku bersyukur kepada-Mu,ya Allah."
Semoga kisah ini boleh memberi pengajaran kepada kita supaya sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang Allah beri.Ibu bapa,sahabat,guru,jiran,itu semua sebenarnya nikmat.Cuba bayangkan sekiranya di dunia ini tiada siapapun melainkan kita.Sudah tentu kita tidak boleh hidup dan akan menderita kerana sudah fitrah manusia saling memerlukan antara satu sama lain.Selain itu,jangan pula kita sentiasa berburuk sangka terhadap Allah.Setiap ujian yang menimpa diri kita sebenarnya adalah tanda kasih dan sayang Allah terhadap kita.Contoh:ada orang berpacaran.Bukti cinta si jejaka kepada si gadis adalah dengan membahagiakannya.Mungkin sekali dengan memberikan hadiah seperti bunga,coklat,teddy bear dan lain-lain.Si jejaka juga mungkin akan menunjukkan kesetiaannya kepada si gadis.Sama juga dengan kita.Allah sayangkan kita.Allah memberikan kita pelbagai 'hadiah' untuk menggembirakan kita.Tapi pada masa yang sama,Allah juga ingin menguji kesetiaan cinta kita kepadaNya.so,janganlah kita 'curang' terhadap 'Kekasih' hati kita.wallahua'lam...

Thursday, June 4, 2009

Taubat Seorang Hamba(Irsyadee ft. Hafiz Hamidun)

hati hiba mengenangkan
dosa-dosa yang kulakukan
oh Tuhan maha kuasa
terima taubat hamba berdosa

Intro:
ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan diri
ku kesali kejahilan ini
terimalah...terimalah...terimalah...
taubatku ini

telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan
menuju redamu ya Tuhan

di hamparan ini ku meminta
moga taubat diterima

ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terimalah...terimalah...terimalah...
taubatku ini

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Jom memasak ! (eps.1)

Assalamualaikum w.b.t bwat semua pengunjung blog Miftahul Raudhah.syukran sbb sudi mnziarah.Ok,sekarang ni ana nak share 1 resepi yg mmg best.resepi ni bkn stakat best,ttp sgt brguna.hehe,ok.kpd sesiapa yg baru blajar mmasak elok sangatla kot klu gunakn resepi ni.namanya ialah resepi kejayaan.


Bahan2 & cara2nya ialah:


  • carilah segenggam IMPIAN.

  • adunkan dengan MOTIF & TINDAKAN.(hingga sebati)

  • tambahkan dengan LATIHAN.(secukup rasa)

  • hiaskannya dengan DISIPLIN.


setelah penat antum semua mmasak,mstilah nk tau hasilnya kan?hehe.ana da try and alhamdulillah wa syukurillah ianya menjadi.hasilnya ialah MATLAMAT YANG MENJADI KENYATAAN.ana x tahula antum semua punya jadi ke x.hehe.yang x brjaya tu,DON'T GIVE UP!buat lagi sampai jadi..sekian sahaja klas mmasak kita pada hari ini.hehe.assalamualaikum!


Tangisan Rindu...


Dinukil dari Rasulullah s.a.w Nabi Syu'aib a.s sering menangis sehingga penglihatannya hilang.Allah s.w.t dengan kasih dan sayangnya mengembalikan penglihatannya.
Lalu,dia sering menangis lagi hingga buta buat kali kedua .Allah s.w.t mengembalikan lagi penglihatannya.Kejadian itu berulang sehingga 3 kali.Pada kali ke-3,Allah memberikan lagi kesembuhan pada kedua-dua belah mata Nabi Syu'aib.
"Wahai Syu'aib,mengapa kamu begitu sering menangis?Jika rindu pada syurga,Aku menghalalkan untukmu.Jika takut akan neraka,Aku mengharamkannya bagimu."
Nabi Syu'aib menjawab,"Tuhanku,bukan kerana semua itu tangisanku ini.Akan tetapi tangisanku ini adalah tangisan *Syauq.Hatiku terikat dengan cinta-Mu dan tangisanku adalah *Mahabbah kepada-Mu."
FIRMAN ALLAH S.W.T:"KERANA INILAH AKU MENUGASKAN KALIM-KU,MUSA BIN IMRAN SELAMA 10 TAHUN MELAYANIMU.SIAPA YANG RINDU KEPADAKU,SEMUA MAKHLUK AKAN RINDU KEPADANYA..."

Wednesday, June 3, 2009

sENyuM seIndaH suRIa!!

Assalamualaikum w.b.t.alhamdulillah,jantung kita masih diberi peluang untuk berdegup.hidung kita masih diberi peluang untuk bernafas dan oesophagus kita masih mampu bekerja dengan baik.(makluman,oesophagus adalah sejenis organ di mana setiap mknn yang telah dilarutkan dalam saliva akan menjadi 'BolUS'.'BolUS' tersebut akan melalui oesophagus anda dan akan masuk ke dalam stomach anda.terima kasih..)hehe.saje je nak eksen.baru blaja sains.ok,skarang ni ana nak share satu benda yang agak menarik bagi ana walaupun x slalu buat.(hehe,terkantoi pulak!)bila masa kita senyum?mestilah waktu gembira!sebenarnya akhowat yang dirahmati Allah,senyum ni merupakan

Wednesday, May 27, 2009

Kau sahabat,kau teman...

Ku kenal luhur budimu tulus hatimu,

kau didik jiwaku kau santun lakuku,

lembut bicaramu sopan tingkahmu,

kau SAHABAT,kau TEMANku,

dunia akhirat...


moga ikatan ukhuwah yg trjalin ini akan kekal hingga ke Jannah.amin..

luv banat 2al-kindi 09..