Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Sengaja ana sentuh soal bida'ah untuk post kali ini.Banyak pertelingkahan yang ana dengar tentang bida'ah.Bida'ah?Apa bendanya tu?
Hassan Al-Banna ada menghuraikan soal bida'ah ini dengan lebih mendalam.Beliau membahagikan bida'ah kepada 4 jenis.
Pertamanya bida'ah hakikiah.Bida'ah ini ialah melakukan perbuatan atau percakapan yang menolak al-quran dan as-sunnah.Perbuatan ini turut menolak hukum hakam al-quran,menolak perundangan dalam al-quran,menolak sebahagian al-quran sebagai panduan hidup dan menolak hadith Rasulullah s.a.w.Perbuatan ini jelas bida'ah dan mesti ditentang.
Keduanya bida'ah tarqiyah.Contohnya meninggalkan makan daging kambing sedangkan nabi makan daging kambing.Manakala ada sebahagian masyarakat Islam yang makan daging Dhab atau biawak padang pasir.Tetapi nabi tidak.Tetapi nabi tidak melarangnya.
Ketiganya Hassan Al-Banna menyebut bida'ah iltizam bil hukmi syar'ie.Contohnya mewajibkan perkara yang tidak wajib.Puasa sunat Isnin dan Khamis hukumnya sunat tetapi diwajibkan.Jadi ia termasuk dalam perkara yang ketiga ini.
Manakala yang keempat ialah bida'ah idhafiyah iaitu amalan yang ditambah.Ada dua situasi di sini.Pertama,penambahan yang boleh menjadi baik dan kedua penambahan yang bertambah buruk.Penambahan yang menjadi baik adalah seperti memberi salam selepas sembahyang.Memang ia satu amalan baru,namun dengan bersalam-salaman tersebut kita dapat mewujudkan suasana harmoni dan ukhuwwah sesama masyarakat.Ia baik dan tidak ada masalah dilakukan.Yang melaksanakan pun tidaklah mengatakan bersalaman itu rukun sembahyang.
Wallahua'lam...
Salam Ramadhan...

Friday, August 28, 2009
Anda faham pasal BIDA'AH??
Posted by Miftahul Raudhah..(kunci pintu syurga..) at 6:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment