? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Salam Ramadhan...

Thursday, July 30, 2009

Berita PANAS!!!!! (mesti baca)

" Berita ini sudah tersebar luas.Satu Malaysia sudah tahu.." Ahmad Said


Terkejut bukan?hehe,jgn risau.ini semua hanya gimik belaka.gmbr ini di'edit' drpd gmbr asal.saje je ana ltk nk bagi pluang mind kt relax.just 4 fun!persoalannya ialah,siapa yg patut d'prslhkn?Wallahua'lam...

~1st Award~


In the name of Allah,most gracious and most merciful.Alhamdulillahirabbil'alamin,kita masih d'berikn pluang untuk trus hidup dan brbakti di atas muka bumi Allah yg fana ini.Sebenarnya,kt tlh diberi banyak pluang oleh Allah untuk brtaubat cuma kita shj yg asyik lupa.Allah tak prnah mlupakn kt walau sedetik denyutan nadi,walau sedegup degupan jantung,walau sesaat pusingan kipas.Astaghfirullah.Ya Allah,maafkn diri kami atas semua kekhilafan kami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Awwalan,syukran yg tramat sangat bwat empunya blog sahabatmusleem yg tlh mganugerahkan ana award ni.Ana brsyukur sgt2 krana ana rasa ana d'hrgai.Sbnarnya dah lama dah ana dpt award ni cuma tak tahu nk letak camne.hehe.Syukran ye S.M sbb tolong ajarkn!Mungkin anda prnah dgr sabda Nabi Muhammad s.a.w yg brbunyi,"Sampaikanlah ilmu walaupun sepatah."Semoga Allah mrahmatimu.Waktu ana dpt award ni,ana baru je bbrapa minggu bwat blog,dh dpt award.Malu plak.Klu nk dibandingkan dgn orang lain,siapalah ana.Apa pun bohot2 syukria(bak kata kak Suhana).Wallahua'lam...

p/s:bwat kak Su,sori ye gune bohot2 syukria tu.saje nk mmplbagaikn bhsa! ^-^

Monday, July 27, 2009

Apa dah jadi dengan Harry Potter??




Harry Potter and The Half Blood Jews. Atau Harry Potter dan Yahudi Berdarah Campuran. Begitu bunyi sebenar filem yang sekarang tengah banyak diputarkan gulungan filemnya di AS dan Barat, sehubungan dengan filem terbaru Harry Potter yang baru dikeluarkan, “Harry Potter and The Half Blood Prince”. Diangkat dari novel dengan judul yang sama, filem ini hanya dalam waktu satu hari saja sudah memecahkan rekod box office dengan menewaskan keuntungan yang melebihi filem-filem lainnya dan segera saja mendapat perhatian dunia.Tak usahlah kita katakan mendapat perhatian dunia.Sahabat-sahabat ana saje memang ramai yang tergila-gilakan si Harry ni.(ana minat gak.huhu~) Buku dan filem keenam Harry Potter ini dikaitkan banyak berhubungan dengan Yahudi. Seperti buku “Potter” J.K. Rowling lainnya yang terjual jutaan copy—“Prince” (atau putera) biasanya dihubungkan sebagai metafora untuk rasisme dan pembersihan etnik, termasuk tokoh-tokoh
yang mengacu pada “pure-bloods” (darah murni), “half-bloods” (darah campuran) atau mudblood (hinaan rasis yang ditujukan pada mereka dalam cerita Harry Potter yang tidak dilahirkan dari keluarga penyihir).Dalam filem barunya, diceritakan bagaimana Lord Voldermort (salah satu tokoh sihir jahat dalam Harry Potter sekaligus musuh besarnya) menjalani masa kecilnya dan kemudian berubah menjadi pembunuh kejam orang-orang yang tak boleh disihir (muggles/manusia). Menurut David Heyman, penerbit Potter kelahiran Inggeris, semua tindakan Lord Voldemort dan pengikutnya mirip seperti Nazi Jerman. “(Mereka semua) seperti bangsa Arya dalam pemikiran Hitler.”Daniel Radcliffe—pemegang watak Harry Potter sejak filem pertama—adalah keturunan Yahudi, berasal dari ibunya, dan Daniel sendiri sudah menyatakan kalau ia seorang Yahudi. Heyman sendiri sama dengan Radcliffe, adalah seorang keturunan Yahudi. Ia bahkan telah membuat sebuah filem tentang Holocaust di tahun 2008 berjudul “The Boy in the Striped Pajamas.”Helena Bonham Carter, memegang watak Bellatrix Lestrange juga seorang Yahudi yang berasal dari ibunya. Jason Isaacs, juga pelakon memegang watak Lucius Malfoy, adalah seorang Yahudi. Isaacs mengatakan bahawa ia sedang mempertimbangkan apakah ia akan menyatakan ia seorang Yahudi ataukah tidak, berkaitan dengan kariernya.
Harry Potter seorang Yahudi


Pada tahun 2005, pada 29-31 Julai, sekitar 250 orang penggemar Potter bahkan berkumpul di Reading Universiti, Britain, membincangkan bahawa Harry Potter adalah seorang anak lelaki Yahudi. Persembahan oleh Amy Miller mengatakan bahawa Harry Potter mempunyai nama Yahudi “has a yiddishe neshama” atau bererti seorang anak lelaki Yahudi yang baik. “Dia memang tidak mengenakan topi khas Yahudi, tidak bersekolah di Hebron, atau tidak melaksanakan kosher (makanan Yahudi), tapi dia sangat peduli terhadap orang lain, baik, dan mempertahankan keyakinannya. Ini adalah gambaran tentang sikap Yahudi yang sesungguhnya.” Perbincangan akademik yang lain juga terjadi mengenai cara dan jalan hidup Potter. Menurut Cia Soutter, perkembangan Harry sama dengan kabbala, “pohon kehidupan.” Sedangkan Gila Bar Hilel, penerjemah buku-buku Harry Potter dalam bahasa Israel, mengatakan, “Saya tidak berpikir bahwa orang akan menganggap Harry Potter seorang Yahudi."Maka diterjemahkan disini,apa lagi mahu dibantah sedangkan tersuluh lagi terang akan agenda Yahudi dan Freemason dalam berdakwah melalui peperangan minda ke seluruh sel otak umat Islam agar senantiasa leka dengan kenikmatan dunia yang fana ini.Mulai hari ini,aku benci Harry Potter.Aku benci Yahudi.Khaibar ya Yahud!!!!!Wallahualam...

Tuesday, July 21, 2009

Hati budi Khalifah Abu Bakar dan Umar..


Ketika mula-mula menjadi khalifah,Sayidina Abu Bakar menyara hidupnya dengan mengambil upah memerah susu lembu salah seorang jirannya.Tidak lama selepas itu,para sahabat yang diketuai oleh Umar membuat tawaran:"Sebagai pemimpin muslim,banyak kerja yang perlu kamu lakukan.Sebab itu janganlah kamu memerah susu lagi,dan biarkan kami membayar gaji tetap untuk keperluan kamu sebagai khalifah."

Abu Bakar kemudian menggunakan sebahagian gajinya untuk menyara hidupnya dan menyimpan selebihnya di dalam sebuah bekas.Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir,Abu Bakar sempat berpesan agar menyerahkan bekas tersebut kepada orang yang dilantik menggantikan tempatnya sebagai khalifah.Umar dipilih sebagai khalifah selepas Abu Bakar.Semasa pemerintahannya,Islam berkembang ke Afghanistan dan ke Caucasia.Suatu petang pada bulan Ramadhan,Umar bertamu di rumah salah seorang sahabat.Apabila dihidangkan minuman yang mengandungi madu,Umar menolaknya dan berkata,"Aku hanya boleh minum ini hanya apabila mereka yang hidup di bawah tanggungjawab pemerintahanku menjadi kaya,dan boleh minum minuman bermadu bersama makanan mereka..."

Friday, July 17, 2009

Bekerja lebih baik daripada meminta sedekah...

Suatu hari,seorang lelaki yang masih sihat tubuh badannya datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata:"Aku seorang miskin yang memerlukan bantuan.Tolonglah aku dengan bersedekah."

Baginda bertanya kepada lelaki itu:"Adakah kamu mempunyai sesuatu barang di rumah?"
"Ya,aku mempunyai sehelai selimut yang aku gunakan apabila tidur,dan sebiji cawan kayu."
Rasulullah s.a.w menyuruh lelaki itu pulang dan mengambil kedua-dua barang tersebut.apabila lelaki itu kembali,Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka yang berada dikelilingnya:"Siapa di antara kamu yang ingin membeli barang-barang ini?"

Seorang lelaki menawarkan satu dirham dan seorang lagi menawarkan dua dirham.Baginda menyerahkan wangnya kepada lelaki itu dan bersabda:"Gunalah satu dirham untuk keperluanmu dan lagi satu dirham lagi untuk membeli seutas tali dan kapak,setelah itu datang kemari."Lelaki itu mengikut suruhan baginda.Apabila kembali,baginda memberitahunya:"Pergilah potong dahan-dahan kurma yang kering di luar Madinah.Bawanya ke pasar dan jual.Lakukannya selama 15 hari dan kemudian datang kembali ke sini."

Lelaki yang sebelum ini beranggapan dia tidak mampu melakukan apa-apa untuk menambah rezeki meninggalkan Madinah dan mengambil dahan-dahan kurma yang tidak bertuan.Selepas 15 hari,seorang lelaki berpakaian kemas telah datang bertemu Rasulullah s.a.w.Baginda bertanya:"Apa khabar kamu?"

Jawabnya:"Maha suci Allah,Ya Rasulullah!Aku memperoleh 10 dirham.Dengan wang itu,aku membeli kembali barang yang telah aku jual tempoh hari dan memenuhi keperluan keluargaku.Selebihnya aku membeli pakaian ini untuk menemuimu."

Kata baginda pula:"Adalah lebih baik seseorang menyara hidupnya dengan memikul kayu daripada meminta sedekah."

Thursday, July 16, 2009

Mahkota Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah,bi iznillah ana masih diberi peluang brharga untuk brkongsi ilmu brsama pelawat2 Miftahul Raudah.Topik yg ingin dibincangkan pada kali ini adalah brkenaan tentang 'Mahkota Wanita'.Apa yg anda faham tentang 'Mahkota Wanita'?Adakah mahkota yang dipakai oleh Queen Elizabeth?

Oh,sudah tentu 'Mahkota' yg dimaksudkan adalah Rambut.Pasti kita semua sudah sedia maklum,mahkota diperbuat daripada emas yg mahal dan dihiasi dgn ukiran2 dan berlian2 yg cantik.Kalau anda ada sebuah mahkota yg cantik,apa yg anda akan lakukan dgn mahkota trsebut?Mesti anda akan simpannya di tempat yg paling selamat dn kalau boleh tak ada org pun yg tahu.Tak pun anda akan beli sebuah peti besi khas untuk simpan mahkota anda itu.Kalau ana,ana jual je.Nanti dpt duit!hehe.(ana ahli usahawan muda d'skola.harap maklum)

So,samalah dgn rambut kita.Wahai kaum hawa sekalian,sedarlah.Anda sebenarnya diamanahkan oleh Allah untuk memelihara 'Mahkota' anda.(ana skali.huhu)Cuba anda bayangkan,sanggupkah anda melihat mahkota anda dipanaskan pada haba yg suhunya mncapai 100 drjah celcius dan keatas?Habis cair.isk isk.sayangnya...sama jugaklah dgn mahkota kita yg satu ni.Kalau dibakar di akhirat nnt(na'uzubillahiminzalik)ish.Perit sungguh!

Oleh itu,peliharalah mahkota kita.Janganlah rambut kita dibiarkan terdedah walaupun seurat.Azab sungguh seksanya!Dan pesanan kepada ukhti2 yg ana sayangi,(trutama yg berambut panjang)apabila kita pakai tudung,jgn biarkan sanggul kita kelihatan di belakang tudung.Nanti tak cium syurga!(na'uzubillahiminzalik)As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada mgatakan bahawa wanita yg mmakai tudung yg kelihatan bentuk rambutnya(sanggul)di belakang,sanggulnya itu umpama BONGGOL UNTA YANG SENGET.Subhanallah,hina sungguh labelnya.Awal2 ana dpt tahu prumpamaannya sedemikian rupa,ana agak trkilan.Hina sungguh!

Ingat tak pristiwa isra' mikraj di mana Nabi Muhammad s.a.w tlh naik ke langit.Baginda tlh trlihat 'bayangan' org yg diseksa atas ksalahan masing2 dan salah satunya ialah seorang perempuan yg diseksa krana mndedahkan rambutnya yg cantik kpd org yg bkn mahram.Seutas rambutnya dibelah 7.Kemudian rambutnya digantung dn kulit kepalanya dibakar.(na'uzubillahiminzalik)

Kepada sesiapa yg tidak brtudung ataupun pki tudung,tapi on off,ana nasihatkan segeralah brtaubat.Yg memang brtudung,tajdid balik niat mgapa kt mesti brtudung.Bkn untuk brhias ttp bagi memelihara aset kt yg mahal ni.Pintu taubat Allah sentiasa trbuka shingga hari kiamat.Beringatlah,peliharalah aset kita yg satu ya pintu ni.

p/s:Bismillahirrahmanirrahim.di kesempatan ini ana ingin mgambil kesempatan untuk memohon ampun dn maaf atas segala kekhilafan ana kepada semua org selama ana hidup.Halalkan sgala ilmu yg tlh dikongsi dn trima kasih bwat semua asdiqa' yg br jd followers ana.smoga ukhuwwah 'maya' ini ttp kukuh wlaupun kt blum betul2 knl supaya org2 kafir tkt dgn org Islam.wassalam...

Sunday, July 5, 2009

Hikmah sujud...

Bismillahirrahmanirraim.alhamdulillah,akhirnya berjaya juga ana meng'edit' post yang trbaru setelah sekian lama menyepi.Alhamdulillah,ana bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Dia terlalu banyak 'memberi' kepada ana sedangkan ana selalu terlupa untuk 'membalas' pemberianNya.sedihnya!Dan salah satu nikmat yang mungkin agak kabur dan yang kita terlepas pandang adalah sujud.Di sini ana sertakan hikmah sujud supaya kita lebih peka dan yang gelap bersuluh yang terang bersinar:


  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang terjatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.(burut)
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika datang haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis.
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. Mengurangkan kegemukan.
  11. Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud.
  12. Organ terpenting iaitu otak manusia akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

Subhanallah.kalau nak diikutkan,banyak lagi sebenarnya hikmah sekiranya kita bersujud.itupun baru bersujud,belum lagi ruku',duduk antara 2 sujud,i'tidal dan lain2.Subhanallah.Allah terlalu sayangkan kita.cuma kita je yang 'tak prasan'.(sebab kita sombong dan ego!)wallahua'lam..