Suatu hari seorang kaya datang ke rumah Junaid Al-Baghdadi.Dia ingin memberi wang sebanyak 500 dinar.Orang kaya itu berkata,"Terimalah hadiah untuk tok guru."Junaid lalu bertanya,"Adakah engkau memiliki wang selain ini?""Ya,saya masih memiliki banyak wang."beritahu orang kaya itu.Junaid bertanya lagi,"Adakah engkau ingin memiliki wang yang lebih banyak?""Sudah tentulah wahai tok guru!"katanya berterus terang."Kalau begitu ambillah wang ini semula kerana engkau labih memerlukan wang ini.Walaupun aku tiada wangnamun aku tidak memerlukannya kerana tiada apa yang mahu dibeli."kata Junaid.Orang kaya itu berasa malu mendengar ucapan Junaid tersebut.Dia pun pulang membawa pulang wang yang tidak diterima Junaid.
Lazimnya manusia memang tidak pernah cukup dengan apa yang ada.Walaupun sudah memiliki harta yang banyak,namun dia mengimpikan untuk mendapatkan harta yang lebih banyak.astaghfirullah...
Salam Ramadhan...

Saturday, June 6, 2009
-Harta dunia-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salamun a'laik, ada award utk tuan blog :) http://sahabatmusleem.blogspot.com/2009/06/lagi-award.html
Post a Comment