? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Salam Ramadhan...

Friday, July 17, 2009

Bekerja lebih baik daripada meminta sedekah...

Suatu hari,seorang lelaki yang masih sihat tubuh badannya datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata:"Aku seorang miskin yang memerlukan bantuan.Tolonglah aku dengan bersedekah."

Baginda bertanya kepada lelaki itu:"Adakah kamu mempunyai sesuatu barang di rumah?"
"Ya,aku mempunyai sehelai selimut yang aku gunakan apabila tidur,dan sebiji cawan kayu."
Rasulullah s.a.w menyuruh lelaki itu pulang dan mengambil kedua-dua barang tersebut.apabila lelaki itu kembali,Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka yang berada dikelilingnya:"Siapa di antara kamu yang ingin membeli barang-barang ini?"

Seorang lelaki menawarkan satu dirham dan seorang lagi menawarkan dua dirham.Baginda menyerahkan wangnya kepada lelaki itu dan bersabda:"Gunalah satu dirham untuk keperluanmu dan lagi satu dirham lagi untuk membeli seutas tali dan kapak,setelah itu datang kemari."Lelaki itu mengikut suruhan baginda.Apabila kembali,baginda memberitahunya:"Pergilah potong dahan-dahan kurma yang kering di luar Madinah.Bawanya ke pasar dan jual.Lakukannya selama 15 hari dan kemudian datang kembali ke sini."

Lelaki yang sebelum ini beranggapan dia tidak mampu melakukan apa-apa untuk menambah rezeki meninggalkan Madinah dan mengambil dahan-dahan kurma yang tidak bertuan.Selepas 15 hari,seorang lelaki berpakaian kemas telah datang bertemu Rasulullah s.a.w.Baginda bertanya:"Apa khabar kamu?"

Jawabnya:"Maha suci Allah,Ya Rasulullah!Aku memperoleh 10 dirham.Dengan wang itu,aku membeli kembali barang yang telah aku jual tempoh hari dan memenuhi keperluan keluargaku.Selebihnya aku membeli pakaian ini untuk menemuimu."

Kata baginda pula:"Adalah lebih baik seseorang menyara hidupnya dengan memikul kayu daripada meminta sedekah."

0 comments: