? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Salam Ramadhan...

Saturday, September 12, 2009

Tabiat ke Neraka...


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa disuatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untukbertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapankhusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh merekaberkumpul di Baabun Nisaa'.


Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergimemanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana dan memberisalam dan memberi tazkirah seperti berikut:"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, akulihat kamu ini lebih banyak di neraka".Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,


"Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang bolehmenjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:


Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampusagaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.


Contoh 2Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masani jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufurI'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksudtanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham isteri.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang diakehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu punkebaikan awak". (Terjemahan langsung dari Arab).


[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkandengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awakini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugurpahala-pahala amalannya.'


Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialahmenyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana iadapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kitake dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.Fadhilat beristighfar:a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akanditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).


"Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.Rasulullah SAW menganjurkankita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari.Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kitamenjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.


Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentuyang sering melanda kaumwanita. Sifat hazan bererti berdukacita"c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanyadalam bentuk wangringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.


Sedekahjuga termasuk:


1. Tuturkata / percakapan yang baik.Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidakmenyakitkan hati. Inilahrahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yangpertama, tidak pernahmenyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayatbaginda SAW, hati bagindadipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.Kadangkala hinggamenimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyukepada Rasulullah sebelummeminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hariRasulullah SAW telahbertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunyaperempuan yang Allah SWTberkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyumsahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arabyang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kitabertafakkur danbermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat burukyang boleh menjerumuskankita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikapkita dari sekarang." SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud :" Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannyakecuali tiga perkara iaituSEDEKAH JARIAHNYA,ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAINDANANAK SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA. "(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

0 comments: