? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Salam Ramadhan...

Friday, August 28, 2009

Anda faham pasal BIDA'AH??

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Sengaja ana sentuh soal bida'ah untuk post kali ini.Banyak pertelingkahan yang ana dengar tentang bida'ah.Bida'ah?Apa bendanya tu?
Hassan Al-Banna ada menghuraikan soal bida'ah ini dengan lebih mendalam.Beliau membahagikan bida'ah kepada 4 jenis.

Pertamanya bida'ah hakikiah.Bida'ah ini ialah melakukan perbuatan atau percakapan yang menolak al-quran dan as-sunnah.Perbuatan ini turut menolak hukum hakam al-quran,menolak perundangan dalam al-quran,menolak sebahagian al-quran sebagai panduan hidup dan menolak hadith Rasulullah s.a.w.Perbuatan ini jelas bida'ah dan mesti ditentang.

Keduanya bida'ah tarqiyah.Contohnya meninggalkan makan daging kambing sedangkan nabi makan daging kambing.Manakala ada sebahagian masyarakat Islam yang makan daging Dhab atau biawak padang pasir.Tetapi nabi tidak.Tetapi nabi tidak melarangnya.

Ketiganya Hassan Al-Banna menyebut bida'ah iltizam bil hukmi syar'ie.Contohnya mewajibkan perkara yang tidak wajib.Puasa sunat Isnin dan Khamis hukumnya sunat tetapi diwajibkan.Jadi ia termasuk dalam perkara yang ketiga ini.

Manakala yang keempat ialah bida'ah idhafiyah iaitu amalan yang ditambah.Ada dua situasi di sini.Pertama,penambahan yang boleh menjadi baik dan kedua penambahan yang bertambah buruk.Penambahan yang menjadi baik adalah seperti memberi salam selepas sembahyang.Memang ia satu amalan baru,namun dengan bersalam-salaman tersebut kita dapat mewujudkan suasana harmoni dan ukhuwwah sesama masyarakat.Ia baik dan tidak ada masalah dilakukan.Yang melaksanakan pun tidaklah mengatakan bersalaman itu rukun sembahyang.

Wallahua'lam...

Hadith Al-Hakim dan Abu Na'im

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Ana agak terkesima setelah baca hadith di bawah ini.Renungilah hadith yang berikut:

  1. Hiduplah kamu sebagaimana yang engkau kehendaki,tetapi ingat engkau akan mati.
  2. Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki,tetapi ingat engkau akan berpisah dengannya.
  3. Buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki,tetapi awas kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu.
  4. Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman terletak pada qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain.

Semoga kita semua sentiasa zikrullah dan zikrulMAUT...

Tuesday, August 25, 2009

6 sebab GAGAL menggali keberkatan Al-quran...

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah,kali ini ana nak berkongsi dgn anda tentang tajuk di atas.Ana agak trtarik dgn tajuk ini stelah trbaca di dalam sebuah majalah ilmiah yg sememangnya sarat dgn ilmu ukhrawi.

Ada banyak sebab mengapa kita gagal mengambil manfaat dari keberkatan al-quran itu.Antaranya ialah:

  1. Kita membaca al-quran hanya semata-mata hendak dapat pahala,bukan dengan niat untuk mengamalkan isi kandungannya dan memperturut petunjuknya.
  2. Kita membaca al-quran tanpa niat atau kurang mempelbagaikan niat.
  3. Kita hanya mebaca tetapi tidak *bertadabbur dengan al-quran.
  4. Kita membaca al-quran tanpa rasa sedar bahawa al-quran itu diturunkan oleh Allah.
  5. Kita membaca al-quran tanpa kesedaran bahawa isi al-quran ditujukan kepada kita sendiri.
  6. Kita mebaca al-quran tetapi tidak menjadikannya sebagai pemimpin.

(muhasabah diri)Wallahua'lam...

Monday, August 24, 2009

Ana Muslim

  • ANA IZZAH BIL ISLAM!
  • I'M PROUD TO BE A MUSLIM!
  • SAYA BANGGA MENJADI SEORANG MUSLIM!

Jika anda seorang Muslim sejati,mungkin anda dapat menghayati gambar di atas meskipun tiada ayat panjang berjela yang digunakan bagi menafsirkannya.Renungilah.Is it true that we proud to be a Muslim?Think about it...

Friday, August 21, 2009

Hadith tentang Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah bersabda:
"sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,akan diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu..."
-hadith riwayat Tabrani wa Muslim-

Rasulullah s.a.w bersabda:
"puasa itu perisai dan benteng yang membenteng daripada sentuhan api neraka..."
-riwayat Ahmad wa Baihaqi-

Rasulullah s.a.w bersabda:
"barangsiapa yang memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya,dan pahala bagi yang (menerima makanan)berpuasa tidak dikurangi sedikitpun..."
-hadith riwayat Tirmidzi-

Sabda Rasulullah s.a.w:
"sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkannya segala dosanya yang telah lalu..."
-riwayat Bukhari-

Sabda Rasulullah s.a.w:
"berjagalah kamu akan lailatulqadar pada malam yang ganjil daripada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan..."
-tidak dinyatakan siapa perawinya-

Sekiranya anda dapat menemui malam lailatulqadar,ucaplah "Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku,sesungguhnya Engkau suka mengampun dan ampunilah dosa-dosaku."

Thursday, August 20, 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!!!


Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Asifah jiddan buat semua kerana sudah lama tidak mgupdate blog ini.(astaghfirullah)moga terus istiqamah.amin...
***************************************************************************************
Alhamdulillahirabbil'alamin.Akhirnya kita masih brpeluang utk menemui Ramadhan yg dirindui.InsyaAllah kita semua akn mula brpuasa pada esok hari iaitu pada hari Sabtu brsamaan 1 Ramadhan 1430 hijriyah.Semoga dengan melalui madrasah tarbiyah ini ruhiy kita lebih 'kenyang' berbanding jasad kita yg trlebih 'kenyang'.Renungilah hadith di bawah ini:

"Barangsiapa yang mendirikan malam-malam dalam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala(lillahita'ala)nescaya akan terhapuslah dosa-dosanya yang telah lalu..."
(hadith Muttafaq 'Alaih)

Ana mewakili keluarga ana ingin mgucapkan Salam Ramadhan,Selamat berpuasa dan Selamat men-topup pahala.Jangan lupa syarat2 sah puasa,perkara2 makruh,perkara2 yg membatalkannya dan prkara2 sunat yang boleh dilakukan sepanjang Ramadhan...




Perkara2 sunat yang digalakkan ke atas kita utk mlakukannya:




Rajin2 la baca al-ma'thurat yg mnjadi perisai kita...


Tadarrus al-quran.lebih afdhal jika dilakukan secara jama'ie

Janganlah kedekut utk bersedekah.Walaupun dah banyak sindiket menipu,sedekah je sebab dpt pahala sedekah jugak kalau ikhlas...



Rajin-rajinlah buat qiamullail.kita cari malam lailatul qadar.bukan lailatul kamdar ye!!

ziarah asdiqa' yg sakit.doakannya supaya cepat sembuh..


Banyak lagi sebenarnya perkara sunat yg boleh kita lakukan seperti solat tarawih,berzikir dan lain-lain.Selamat bermujahadah!!!



Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah...

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum saudaraku.Hari ini kita tlh dikhabarkan tntang kpulangan seorang mujahid kepada Allah iaitu Ustaz Asri yg merupakn ketua kumpulan nasyid trkenal Rabbani.Ana trsangatlah sedih dgn brita ini mmandangkan ana slh seorang fan(mmg minat yg tramat sgt.boleh d'katakn fanatik kot..) kmpulan Rabbani yg mmg dah trkenal.Pada suatu masa dahulu,kumpulan nasyid Rabbani brgabung dgn kumpulan nasyid Hijjaz dan nama kumpulan mereka ialah Nada Murni.Antara lagu2 mreka yg mmg top,sedap,best,mnarik dan lain2 ialah Intifadha,Kalimah,Cahaya,Iltizam,Handzalah,Satu Qiblat yg Sama,Setanggi Kasih dn lain2.Lagu mereka,subhanallah.Memang mantap krana stiap bait-bait lirik berupa nasihat kpd kita.Tambah pula dgn suara dan vokal yg best mampu untuk mnarik minat semua golongan tak kiralah lelaki,perempuan,tua,muda dan lain-lain.Ana ada beli satu album Rabbani yg boleh dikatakn trbaru kot.Namanya "Nostalgia Nada Murni."Lagu2nya mmg mnusuk kalbu.Liriknya mmg patut dihayati.Semoga Allah mrahmati prjuangannya dan ahli2 kumpulan yg lain.Moga rohnya tenang dan damai d'samping para syuhada' yg lain.ameen... (al-fatihah)

Sunday, August 9, 2009

6 jenis manusia yang dikutuk Allah dan rasulNya

Telah bersabda Nabi s.a.w:
Yang bermaksud: "Ada 6 orang yang aku kutuk dan Allah kutuk,dan doa semua nabi diperkenankan iaitu:

  • Orang yang menambah isi al-quran(dgn tafsiran atau takwil yg menyimpang.)
  • Orang yang mendustakan takdir Allah s.w.t.
  • Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah di Makkah.
  • Umatku yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.
  • Orang yang berkuasa dan suka memaksa dan takabbur,sehingga dia memuliakan orang yang dihina Allah dan menghina orang yang dimuliakan oleh Allah.
  • Dan orang yang meninggalkan sunnahku.

Tanda orang yang telah diterima taubatnya

Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba:"Adakah hamba itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?"Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberikan ketentuan tentang hal itu.Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja iaitu:

Yang bermaksud:-

  • Hamba yang telah bertaubat itu merasakan dirinya masih belum suci dari dosa.
  • Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya,lalu datang perasaan sedih.
  • Dia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi orang-orang yang jahat.
  • Walaupun sedikit rezeki yang diperoleh di dunia,tetapi dia tetap melihatnya banyak.Walaupun banyak amal akhiratnya dia tetap melihatnya masih sedikit.
  • Dia tetap melihat dirinya sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah dn tidak sedikitpun sibuk mengururskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
  • Dia sentiasa menjaga lidah,bertafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.

Saturday, August 8, 2009

N for Naif?

Bismillahirrahmanirrahim.Entry ni bknlah tazkirah atau ape2 yg brinfo.ttapi skadar pmberitahuan.nama ana disebelah kanan tu yg brwarna hijau tu,mgkn ade yg agak trkejut prkataan naif.Mksd di situ ialah,kt sbgi manusia mmg dilahirkn sbgi naif sprti prkara2 sam'iyyat dn lain2.hrp maklum.

Friday, August 7, 2009

Sekadar nasihat...

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Selawat dn salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w.Moga2 kita mnjadi salah seorang yg mnerima syafaat baginda di akhirat.insyaAllah...

***************************************************************************************
Muhasabah diri Koreksi diri Insafi diri Bertaubatlah

Tergetarkah hati kita tatkala melihat prkataan2 sperti di atas?reaksi kita?trkejut?takut?insaf?atau....
"ala,tak de pape pun.."

Tahniah buat hati2 yg mula brfikir tntang amalannya,yg trgerak hatinya untuk berubah,yg mula merayu pada Tuhan."Ya Rabbi,faghfirlana..."Dan kepada hati2 yg masih "rileks",mulalah brfikir tntg masa hadapan.Masa hadapan yg d'mksdkn bukanlah seperti:

  1. Nak masuk universiti mana?
  2. Nak kerja apa bila besar nanti?
  3. Nak duduk rumah banglo ke kondominium?
  4. Nak guna kreta apa?

Tak dapat dinafikn lagi apabila brbicara soal masa hadapan,itulah yg kita fikirkn.Tidak pula kita fikirkn:

  1. Astaghfirullah,aku sungguh berdosa.
  2. Ya Allah,jauhkanlah kami drpd fitnah Dajjal.
  3. Syurga : neraka.Yang mana satu idamanku?
  4. Rindu sungguh aku pada Muhammad...

Marilah kita mmbiasakn diri kita dgn mlakukan amal2 baik.Tetapi,muhasabah diri prlulah dilakukn dgn IKHLAS.Sodiqi,bukanlah mudah untuk kita mncapai ikhlas.Namun,skiranya kita sntiasa brusaha untuk berubah mnjadi yg lebih baik,insyaAllah Allah akan mmbantu kita krana Allah sntiasa mmbantu orang2 yg mlakukan kebaikn.Jangan pulak kita tension skiranya doa kita tidak dimakbulkan.

"Aku rindu mendengar suara orang2 beriman yg meminta kepadaku.Jangan lagi kau penuhi prmintaan hambaKu.."

Oleh itu,jgnlah kita brsangka buruk kpd Allah kerana Allah sgt rindukn kita.Bagaimana pula dgn kita?Siapakah yg kita rindu?Fikir2knlah...

PINTU TAUBAT AKAN SENTIASA TERBUKA SEHINGGA TERBITNYA MATAHARI DI SEBELAH BARAT...

wallahua'lam..