? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Salam Ramadhan...

Saturday, September 5, 2009

kukuhkan IMAN anda!

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Sudah trlalu lama jari2 ini tidak melompat-lompat di atas papan kekunci yg brwarna hitam ini.Hayatilah dn ambil iktibar drpd artikel di bawah.Antara syariat (peraturan Allah) yang perlu ditekankan terlebih dahulu dalam tarbiyyah dan pendidikan anak-anak ialah solat. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menekankan perkara ini. "Ajarlah anak kamu solat apabila ia berumur 7 tahun". Ibadah seperti solat dan puasa boleh mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran. Ini seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. Surah al-Ankaboot:45




Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
.


Persoalan


Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah mengapa pelajar-pelajar sekolah agama yang dididik dalam persekitaran agama tidak mampu melaksanakan ajaran agama? Bagaimana pula mereka yang tidak dididik dalam persekitaran agama. Apakah mereka menghadapi masalah juga. Sepatutnya pelajar-pelajar yang dididik secara agama ini menunjukkan keislaman yang baik.
Isu ini tidak terhenti di situ sahaja, Bahkan ada orang yang bertanya mengapakah orang-orang Islam yang agamanya begitu ketat memberi garis panduan hidup kini mengalami masalah sosial yang lebih teruk dari mereka yang bukan Islam? Mengapa remaja Cina tidak terlibat dalam masalah lumba haram, pembuangan bayi dan sebagainya. Banyak alasan yang dikemukakan untuk menjawab soalan dan pertanyaan seperti itu.
.
I'tibar Dari Seerah Nabi


Seerah bermaksud sejarah kesah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.. Untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam kita perlu mengambil i'tibar dari sejerah dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Tokoh-tokoh yang sering dijadikan contoh dan tauladan seperti Bilal r.a., Sumayyah, Amar bin Yasir Mus'ab Bin Umair, Saidina Umar al-Khattab bahkan semua sahabat nabi berubah daripada keadaan hidup Jahilliyyah kepada Islam dan menjadi tokoh yang tidak ada tolok bandngnya . Semuanya berubah kerana AKEEDAH, Dan Akeedah bukan semata-mata Ilmu Pengetahuan atau maklumat, tetapi ia adalah keyakinan. Kalaulah akeedah smata-mata adalah ilmu pengetahuan, maka Imam Abdul Ghafoor aka Snoucke Hourange (Orientalis Belanda yang banyak ilmu agamanya) itu juga adalah orang yang kuat Imannya. Olehsebab itulah iman itu bukan semata-mata ilmu pengetahuan, bahkan ia adalah keyakinan. Dengan keyakinan kepada kebenaran akeedah Islam itu maka seseorang akan mematuhi syariat (peraturan ataupun undang-undang Islam yang Fardhu, Sunnah, Harus, Makruh dan Haram.




Olehsebab itu usaha-usaha untuk mengIslahkan (membaiki) masyarakat perlu bermula dari akeedah. Akeedah yang kuat (keyakinan kepada perkara-perkara akeedah seperti Uluhiyyah (ketuhanan), Nubuwah (Kenabian), Sam'iyat (Khabaran) dan Alam Ghaib menjadi faktor asas kepada pematuhan Syariat (peraturan) Islam. Orang-orang yang yakin akan balasan Allah s.w.t. tidak akan melakukan kemunkaran dan akan melakukan perintah dan suruhan Allah s.w.t.


Bagaimana Meyakinkan Manusia


Sifat manusia ingin melihat bukti.Nabi Ibrahim a.s. memohon kepada Allah s.w.t. untuk melihat bukti bagaimana Allah menghidupkan benda mati. Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah untuk melihat wajah Allah. Mengapa mereka mahu melihat bukti, apakah mereka tidak percaya?. nabi Ibrahim hendak melihat bukti bagaimana Allah menghidupkan yang mati kerana hendak menenangkan hatinya.
.
Isra' Mi'raj
.
Isra' dan Mi'raj merupakan peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. diperjalankan dan diangkat oleh Allah s.w.t. ke langit. Nabi s.aw. diperjalankan dari Makkah ke Baitul Maqdis yang jauhnya lebih kurang 1000 km dan naik ke Sidratul Muntaha dilangit ke tujuh. Peristiwa ini merupakan perkara yang berbentuk sam'iyat (di khabarkan) oleh Allah dan Rasulnya dalam al-Quran dan Hadith. Ia tidak dapat dibuktikan dengan akal manusia, dan ia merupakan ujian keimanan.
Dalam peristiwa tersebut apabila Nabi Muhammad s.a.w. kembali ke Makkah pada malam itu, Nabi menceritakan kesah tersebut kepada orang -orang Quraish yang sebahagiannya telah beriman kepada Rasulullah s.a.w. Peristiwa tersebut berlaku pada zaman awal Islam, selepas Nabi Muhammad s.a.w. kematian Siti Khadijah dan Abu Tholib. Mereka yang beriman kepada Nabi merupakan orang-orang yang baru menganut Islam. Apabila nabi menceritakan kesah ini, oleh sebab peristiwa Isra'Mi'raj ini sesuatu yang tidak dapat difikir oleh akal manusia, maka ramai yang riddah (keluar dari iman) dan mereka menjadi murtad. Mereka mengatakan bahawa Nabi Muhammad gila! Apabila berita ini sampai kepada Abu Bakr, dia berkata "Aku percaya walau apa sahaja yang disebut oleh Muhammad sebab Muhammad tidak pernah berbohong!" Orang-orang Quraish meminta bukti kepada Nabi bahawa Nabi memang benar-benar pergi malam tersebut dengan menyoal perkara yang berkaitan dengan Masjid Aqsa, Ketika itu Allah s.a.w. membantu Nabi dengan mempertontonkan kepada Nabi secara terperinci Masjidil Aqsa dan Nabi Menjawab dengan tepat semua soalan orang-orang Quraish. Peristiwa ini ada pengajarannya:
1. Sukar untuk manusia yakin dengan perkara Sam'iyat.
2. Manusia memerluka bukti.
3. Allah membantu Nabi untuk meyakinkan manusia.
4. Saidina Abu Bakr yakin kepada peristiwa tersebut bukan kerana peristiwa ini boleh difikirkan oleh akal manusia, tetapi adalah disebabkan keyakinan beliau kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah berbohong.

0 comments: