Dinukil dari Rasulullah s.a.w Nabi Syu'aib a.s sering menangis sehingga penglihatannya hilang.Allah s.w.t dengan kasih dan sayangnya mengembalikan penglihatannya.
Lalu,dia sering menangis lagi hingga buta buat kali kedua .Allah s.w.t mengembalikan lagi penglihatannya.Kejadian itu berulang sehingga 3 kali.Pada kali ke-3,Allah memberikan lagi kesembuhan pada kedua-dua belah mata Nabi Syu'aib.
"Wahai Syu'aib,mengapa kamu begitu sering menangis?Jika rindu pada syurga,Aku menghalalkan untukmu.Jika takut akan neraka,Aku mengharamkannya bagimu."
Nabi Syu'aib menjawab,"Tuhanku,bukan kerana semua itu tangisanku ini.Akan tetapi tangisanku ini adalah tangisan *Syauq.Hatiku terikat dengan cinta-Mu dan tangisanku adalah *Mahabbah kepada-Mu."
FIRMAN ALLAH S.W.T:"KERANA INILAH AKU MENUGASKAN KALIM-KU,MUSA BIN IMRAN SELAMA 10 TAHUN MELAYANIMU.SIAPA YANG RINDU KEPADAKU,SEMUA MAKHLUK AKAN RINDU KEPADANYA..."
0 comments:
Post a Comment