Alhamdulillah.bulan Rejab tiba lagi!ana x tahu kenapa bulan Rejab ni ana rasa macam bulan Ramadhan!memang dah pasang azam nak berpuasa dan sebenarnya banyak fadhilat kalau kita berpuasa pada bulan Rejab:
- Puasa sehari pada bulan Rejab adalah seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.
- Puasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat pahala yang berlipat ganda.
- Puasa empat hari di bulan Rejab dihindarkan bala dan penyakit yang serius serta fitnah dajjal di hari kiamat.
- Puasa lima hari aman daripada azab kubur.
- Jika berpuasa enam hari,insyaAllah kubur akan bercahaya.
- Jika berpuasa tujuh hari,ditutup tujuh pintu neraka.
- Jika berpuasa lapan hari,akan dibukakan lapan pintu syurga.
- Jika berpuasa sepuluh hari,Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Siratalmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
- Jika berpuasa 19 hari,akan dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
- Jika berpuasa 20 hari,akan diampunkan segala dosanya yang lalu.
- Jika berpuasa pada 27 Rejab,seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Malah jika disertai dengan sedekah,ia seperti berpuasa seperti 1000 tahun kerana kebesaran hari Isra' Mikraj.
So,marilah sama-sama kita beribadah bagi men'topup' pahala kita dan men'delete' semua dosa-dosa kita.Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita.ameen....
0 comments:
Post a Comment