Salam Ramadhan...

Saturday, September 12, 2009
Tabiat ke Neraka...
Posted by Miftahul Raudhah..(kunci pintu syurga..) at 1:31 AM 0 comments
Perkara Sebelum Tidur(Tafsir Haqqi)
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidursebelum melakukan empat perkara :1. Sebelum khatam Al Qur'an,2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,3. Sebelum para muslim meredhai kamu,4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkaraseketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas3X seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.Bismillaahirrohmaan irrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semuaakan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad
( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )…
Posted by Miftahul Raudhah..(kunci pintu syurga..) at 1:23 AM 0 comments
Saturday, September 5, 2009
kukuhkan IMAN anda!

Posted by Miftahul Raudhah..(kunci pintu syurga..) at 3:37 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
Anda faham pasal BIDA'AH??
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Sengaja ana sentuh soal bida'ah untuk post kali ini.Banyak pertelingkahan yang ana dengar tentang bida'ah.Bida'ah?Apa bendanya tu?
Hassan Al-Banna ada menghuraikan soal bida'ah ini dengan lebih mendalam.Beliau membahagikan bida'ah kepada 4 jenis.
Pertamanya bida'ah hakikiah.Bida'ah ini ialah melakukan perbuatan atau percakapan yang menolak al-quran dan as-sunnah.Perbuatan ini turut menolak hukum hakam al-quran,menolak perundangan dalam al-quran,menolak sebahagian al-quran sebagai panduan hidup dan menolak hadith Rasulullah s.a.w.Perbuatan ini jelas bida'ah dan mesti ditentang.
Keduanya bida'ah tarqiyah.Contohnya meninggalkan makan daging kambing sedangkan nabi makan daging kambing.Manakala ada sebahagian masyarakat Islam yang makan daging Dhab atau biawak padang pasir.Tetapi nabi tidak.Tetapi nabi tidak melarangnya.
Ketiganya Hassan Al-Banna menyebut bida'ah iltizam bil hukmi syar'ie.Contohnya mewajibkan perkara yang tidak wajib.Puasa sunat Isnin dan Khamis hukumnya sunat tetapi diwajibkan.Jadi ia termasuk dalam perkara yang ketiga ini.
Manakala yang keempat ialah bida'ah idhafiyah iaitu amalan yang ditambah.Ada dua situasi di sini.Pertama,penambahan yang boleh menjadi baik dan kedua penambahan yang bertambah buruk.Penambahan yang menjadi baik adalah seperti memberi salam selepas sembahyang.Memang ia satu amalan baru,namun dengan bersalam-salaman tersebut kita dapat mewujudkan suasana harmoni dan ukhuwwah sesama masyarakat.Ia baik dan tidak ada masalah dilakukan.Yang melaksanakan pun tidaklah mengatakan bersalaman itu rukun sembahyang.
Wallahua'lam...
Posted by Miftahul Raudhah..(kunci pintu syurga..) at 6:15 AM 0 comments
Hadith Al-Hakim dan Abu Na'im
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Ana agak terkesima setelah baca hadith di bawah ini.Renungilah hadith yang berikut:
- Hiduplah kamu sebagaimana yang engkau kehendaki,tetapi ingat engkau akan mati.
- Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki,tetapi ingat engkau akan berpisah dengannya.
- Buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki,tetapi awas kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu.
- Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman terletak pada qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain.
Semoga kita semua sentiasa zikrullah dan zikrulMAUT...
Posted by Miftahul Raudhah..(kunci pintu syurga..) at 5:51 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
6 sebab GAGAL menggali keberkatan Al-quran...
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah,kali ini ana nak berkongsi dgn anda tentang tajuk di atas.Ana agak trtarik dgn tajuk ini stelah trbaca di dalam sebuah majalah ilmiah yg sememangnya sarat dgn ilmu ukhrawi.
Ada banyak sebab mengapa kita gagal mengambil manfaat dari keberkatan al-quran itu.Antaranya ialah:
- Kita membaca al-quran hanya semata-mata hendak dapat pahala,bukan dengan niat untuk mengamalkan isi kandungannya dan memperturut petunjuknya.
- Kita membaca al-quran tanpa niat atau kurang mempelbagaikan niat.
- Kita hanya mebaca tetapi tidak *bertadabbur dengan al-quran.
- Kita membaca al-quran tanpa rasa sedar bahawa al-quran itu diturunkan oleh Allah.
- Kita membaca al-quran tanpa kesedaran bahawa isi al-quran ditujukan kepada kita sendiri.
- Kita mebaca al-quran tetapi tidak menjadikannya sebagai pemimpin.
(muhasabah diri)Wallahua'lam...
Posted by Miftahul Raudhah..(kunci pintu syurga..) at 5:17 AM 0 comments
Monday, August 24, 2009
Ana Muslim
- ANA IZZAH BIL ISLAM!
- I'M PROUD TO BE A MUSLIM!
- SAYA BANGGA MENJADI SEORANG MUSLIM!
Jika anda seorang Muslim sejati,mungkin anda dapat menghayati gambar di atas meskipun tiada ayat panjang berjela yang digunakan bagi menafsirkannya.Renungilah.Is it true that we proud to be a Muslim?Think about it...
Posted by Miftahul Raudhah..(kunci pintu syurga..) at 3:14 AM 0 comments