Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba:"Adakah hamba itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?"Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberikan ketentuan tentang hal itu.Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja iaitu:
Yang bermaksud:-
- Hamba yang telah bertaubat itu merasakan dirinya masih belum suci dari dosa.
- Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya,lalu datang perasaan sedih.
- Dia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi orang-orang yang jahat.
- Walaupun sedikit rezeki yang diperoleh di dunia,tetapi dia tetap melihatnya banyak.Walaupun banyak amal akhiratnya dia tetap melihatnya masih sedikit.
- Dia tetap melihat dirinya sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah dn tidak sedikitpun sibuk mengururskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
- Dia sentiasa menjaga lidah,bertafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.
0 comments:
Post a Comment