Ketika mula-mula menjadi khalifah,Sayidina Abu Bakar menyara hidupnya dengan mengambil upah memerah susu lembu salah seorang jirannya.Tidak lama selepas itu,para sahabat yang diketuai oleh Umar membuat tawaran:"Sebagai pemimpin muslim,banyak kerja yang perlu kamu lakukan.Sebab itu janganlah kamu memerah susu lagi,dan biarkan kami membayar gaji tetap untuk keperluan kamu sebagai khalifah."
Abu Bakar kemudian menggunakan sebahagian gajinya untuk menyara hidupnya dan menyimpan selebihnya di dalam sebuah bekas.Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir,Abu Bakar sempat berpesan agar menyerahkan bekas tersebut kepada orang yang dilantik menggantikan tempatnya sebagai khalifah.Umar dipilih sebagai khalifah selepas Abu Bakar.Semasa pemerintahannya,Islam berkembang ke Afghanistan dan ke Caucasia.Suatu petang pada bulan Ramadhan,Umar bertamu di rumah salah seorang sahabat.Apabila dihidangkan minuman yang mengandungi madu,Umar menolaknya dan berkata,"Aku hanya boleh minum ini hanya apabila mereka yang hidup di bawah tanggungjawab pemerintahanku menjadi kaya,dan boleh minum minuman bermadu bersama makanan mereka..."
0 comments:
Post a Comment